Tuesday, 19 July 2016

Pelaksanaan Musawah atau persamaan didalam organisasi melibatkan beberapa perkara berikut:

1. Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta citarasa yang tersendiri.
3. Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama.
4. Pembahagian tugas hendaklah diambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan.

Al-Musawah merupakan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya. Pendekatan Islam tidak berlandaskan keturunan, warna kulit dan sebagainya. Tetapi ia dibina atas dasar persamaan yang mana dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan yang sama untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan organisasi.
Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya ( Siddiq, 2003). Menurut Mawardi, keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubahah, tenang dalam apa jua keadaan sekalipun dan menjaga maruah. Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara berikut:
1. Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agr pekerja yang dipilih menepati kreteria dan kelayakan yang telah ditetapkan.
2. Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.
3. Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.

Al-Adalah

Al-Adalah

Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya ( Siddiq, 2003). Menurut Mawardi, keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubahah, tenang dalam apa jua keadaan sekalipun dan menjaga maruah. Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara berikut:
1. Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agr pekerja yang dipilih menepati kreteria dan kelayakan yang telah ditetapkan.
2. Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.
3. Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.

Al-Musawah

Al-Musawah

Al-Musawah atau persamaan adalah diantara prinsip pengurusan didalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada nabi Adam A.S. Hanya yang membezakan setiap manusia itu dengan manusia yang lain ialah amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan.

Firman Allah:


Bermaksud : "Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain ) sesungguhnya semulia mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ) sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya ( akan keadaan dan amalan kamu ).
(al-Hujurat:13)

                                                                                                                          

Al-hurriyah

Al-Hurriyah

Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, islam menentang sebrang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah SWT.

Islam menjamin kebebasan manusia daripada aspek hak asasi kemanusian melibatkan perkara-perkara berikut:

1) Kebebasan beragama,  atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti.
2) Kebebasan berfikir.
3) Kebebasan bersura
4) Kebebasan memiliki dan mencari harta
5) Kebebasan untuk menuntut ilmu
6) Kebebasan bergerak

Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambil kira beberapa perkara berikut:

1. Ianya tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam Islam apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan awam, kepentingan umum itu hendaklah didahulukan.
2. Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakn berbanding dengan kepentingan dari kebebasan diri.
3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.

Kebebasan dalam Islam terutamanya dalam kontrak sebuah organisasi, kebebasan melambangkan penghargaan Islam terhadap hak yang dimiliki individu, selama mana ianya tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam. Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti, serta keterbukaan yang dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang kearah kebaikan dan kecemerlangan organisasi.
Oleh kerana syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka mereka yang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sofat yang baik. Antara sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti berikut :

1) Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.
2) Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan kejahatan.
3) Seorang yang jujur yang bertaqwa.
4) Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak.
5) Seorang yang adil.
6) Seorang yang berilmu dan terpelajar
7) Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah.

Menurut Dr. Abdullah Alwi Hj Hassan(1990), fungsi syura dalam konteks organisai melibatkan perkara-perkara berikut:

1) Mengubal peraturan-peraturan organisasi.
2) Menjalankan setiap aktiviti organisai yang difikirkan berfaedah mengikut syariah
3) Meluluskan program-program kewangan
4) Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan bagaimanakah cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi.
5) Berkuasa mengistiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
6) Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.
7) Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi kemashalatan organisasi.
8) Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura.

Al-syura

Al-Syura

Al-syura merupakan prinsip pengurusan islam yang kedua. Kepentingannya ditegaskan dengan nyata di dalam al-quran dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasullah saw serta amalam para sahabat. Ia juga merupakan unsur yang dianggap penting alam kehidupan seharian.

Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah :

1) Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang.

2) Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil dripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam.

3) Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.

4) Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai.

5) Syura akan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.

6) Syura juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang berpontensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama apabila mereka diajak berbincang dan membuat keputusan bersama.

Al-Ubudiyyah

Pengurusan Islam merupakan terjemahan kepada "Kerajaan Islam" atau pemerintahan Islam. Oleh itu, prinsip sebuah "Negara Islam". Secara umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip berikut:

Al-Ubudiyyah
Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri dengan Allah.

Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan sesama manusia dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah, yang memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya. Beriman dengan KeEsaan Allah merupakan landasan keabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad Ibrahim:1991)

Firman Allah:


Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada Nya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah"

Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami konsep ubudiah berikut: (Ahmad Ibrahim:1991)

1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung    diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja sama ada di kebun, di tmpat-tempat perniagaan kerana semua perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah dan semua perlakuan serta pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri dengan Allah.


2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam ruh lagi.


Firman Allah:






"Bukankah aku Tuhan kamu?" Maka jawab ruh: "Ya, kami bersaksi supaya engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini".

Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya dengan punca rezeki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah. (Ahmad Ibrahim:1991)

Firman Allah yang bermaksud:



"Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi serta memakmurkan kamu di dalamnya" (Hud 11:61)

Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat corakkan pembentukan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju serta budaya organisasi tersebut. Di antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah: (Rasid Muhamad:2011)

1. Matlamat atau halatuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah. Ini akan menjadikan matlamatnya adalah sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh Islam.


2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip Islam. Ini menegaskan penolakan terhadap konsep "matlamat menghalalkan cara".


3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, akan wujud budaya yang bernafaskan nilai Islam di dalam organisasi tersebut.


Konsep ubudiyyah ini, jika difahami dan dihayati perlu memberi kesan yang positif kepada pembetukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang diwujudkan. Di antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah: (Rasid Muhamad:2011)


1. Warga organisasi akan menaikkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini menjadikan mereka seolah yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu, dia dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi.


2. Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.


3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.


4. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembagan organisasi.


Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan dapat berperanan dengan sewajarnya dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan mewujudkan budaya organisasi yang positif, yang baik.