Oleh kerana syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka
mereka yang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sofat yang baik.
Antara sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib
adalah seperti berikut :
1) Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.
2) Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan kejahatan.
3) Seorang yang jujur yang bertaqwa.
4) Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak.
5) Seorang yang adil.
6) Seorang yang berilmu dan terpelajar
7) Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah.
Menurut Dr. Abdullah Alwi Hj Hassan(1990), fungsi syura dalam konteks organisai melibatkan perkara-perkara berikut:
1) Mengubal peraturan-peraturan organisasi.
2) Menjalankan setiap aktiviti organisai yang difikirkan berfaedah mengikut syariah
3) Meluluskan program-program kewangan
4) Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan bagaimanakah cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi.
5) Berkuasa mengistiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
6) Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.
7) Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi kemashalatan organisasi.
8) Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura.
No comments:
Post a Comment