Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya ( Siddiq, 2003). Menurut Mawardi, keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubahah, tenang dalam apa jua keadaan sekalipun dan menjaga maruah. Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara berikut:
1. Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agr pekerja yang dipilih menepati kreteria dan kelayakan yang telah ditetapkan.
2. Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.
3. Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.
No comments:
Post a Comment