Tuesday, 19 July 2016

Al-Ubudiyyah

Pengurusan Islam merupakan terjemahan kepada "Kerajaan Islam" atau pemerintahan Islam. Oleh itu, prinsip sebuah "Negara Islam". Secara umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip berikut:

Al-Ubudiyyah
Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri dengan Allah.

Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan sesama manusia dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah, yang memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya. Beriman dengan KeEsaan Allah merupakan landasan keabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad Ibrahim:1991)

Firman Allah:


Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada Nya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah"

Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami konsep ubudiah berikut: (Ahmad Ibrahim:1991)

1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung    diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja sama ada di kebun, di tmpat-tempat perniagaan kerana semua perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah dan semua perlakuan serta pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri dengan Allah.


2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam ruh lagi.


Firman Allah:






"Bukankah aku Tuhan kamu?" Maka jawab ruh: "Ya, kami bersaksi supaya engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini".

Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya dengan punca rezeki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah. (Ahmad Ibrahim:1991)

Firman Allah yang bermaksud:



"Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi serta memakmurkan kamu di dalamnya" (Hud 11:61)

Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat corakkan pembentukan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju serta budaya organisasi tersebut. Di antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah: (Rasid Muhamad:2011)

1. Matlamat atau halatuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah. Ini akan menjadikan matlamatnya adalah sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh Islam.


2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip Islam. Ini menegaskan penolakan terhadap konsep "matlamat menghalalkan cara".


3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, akan wujud budaya yang bernafaskan nilai Islam di dalam organisasi tersebut.


Konsep ubudiyyah ini, jika difahami dan dihayati perlu memberi kesan yang positif kepada pembetukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang diwujudkan. Di antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah: (Rasid Muhamad:2011)


1. Warga organisasi akan menaikkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini menjadikan mereka seolah yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu, dia dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi.


2. Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.


3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.


4. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembagan organisasi.


Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan dapat berperanan dengan sewajarnya dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan mewujudkan budaya organisasi yang positif, yang baik.







No comments:

Post a Comment